RED BULL POWER RACE

Red Bull Power Race

Pantas. Urban. Kompetitif. Inilah Red Bull Power Race.

Red Bull Power Race ialah sebuah perlumbaan kecergasan serba baharu yang meletakkan kepantasan, keazaman tinggi, dan kekuatan berat badan sendiri sebagai paksi utama. Tiada teknik rumit yang perlu dipelajari, tiada peralatan khas yang perlu dikuasai, dan tiada sebarang halangan untuk anda bermula—hanya diri anda, tubuh anda, dan cabaran yang menanti di hadapan.

Alami sendiri kehebatan tenaga Red Bull merentasi empat bandar ikonik Asia Tenggara — Kuala Lumpur, Jakarta, Yangon, dan Bangkok — yang bakal menjadi tuan rumah bagi pelancaran sulung global Red Bull Power Race. Sahut cabaran di peringkat kebangsaan dan rebut peluang untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir Antarabangsa di Bangkok.

Setiap bandar menjanjikan keunikan suasana, komuniti, serta kehangatan hari perlumbaan yang tersendiri. Malah, setiap acara dibawakan dengan pengalaman penuh eksklusif daripada Red Bull yang menyatukan para atlet, penonton, muzik, hiburan, serta sebuah komuniti yang didorong oleh semangat juang yang sama.

Sama ada anda ingin mencipta rekod peribadi baharu, mewakili kumpulan anda, atau menyasarkan tempat di kalangan yang terbaik di Asia Tenggara, inilah peluang keemasan anda untuk menjadi sebahagian daripada lembaran baharu ini sejak dari garisan permulaan lagi.

Video poster

Kalendar

Setiap bandar tuan rumah membawa karakter, komuniti, dan suasana yang tersendiri ke Power Race. Daripada barisan atlet dan penyokong hinggalah kepada muzik, hiburan, serta kehangatan hari perlumbaan, setiap acara direka untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah pertandingan; ia merupakan satu keraian buat prestasi hebat, kebersamaan komuniti, dan kehebatan semangat Red Bull.

Red Bull Power Race Malaysia 2026Pendaftaran Kini Dibuka
arrow-up-right
13 September 2026 (07:00 - 22:00)
Malaysia
Malaysia
Timezone : ASIA/KUALA LUMPUR

Red Bull Power Race Malaysia 2026

Kuala Lumpur bakal menghimpunkan para atlet dari seluruh Malaysia yang akan bersaing dalam Pusingan Kelayakan (Qualification Heats) dan National Showdown demi merebut peluang ke Pusingan Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race (Red Bull Power Race International Final). 12 lelaki and 12 wanita terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir di Bangkok pada 18 Oktober 2026, di mana mereka akan berhadapan dengan atlet-atlet terbaik dari Thailand, Myanmar, dan Indonesia di kemuncak musim tayangan perdana dunia Red Bull Power Race. Mereka yang layak akan menerima tiket penerbangan, kemudahan penginapan, serta penyertaan acara, sekali gus memberi mereka peluang untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Namun, hari perlumbaan adalah lebih daripada sekadar sebuah pertandingan. Jangkakan tenaga, hiburan, muzik, dan suasana luar biasa yang membawakan keunikan acara Red Bull. Bawalah rakan-rakan, ahli keluarga, dan penyokong anda untuk memberikan sorakan semangat, serta jadilah sebahagian daripada hari yang penuh dengan aksi hebat sama ada di dalam mahupun di luar litar.

Maklumat Lanjut

Entry Fee

159 MYR
Red Bull Power Race Myanmar 2026Pendaftaran Kini Dibuka
arrow-up-right
26 September 2026 (09:00 - 19:00)
Myanmar
Myanmar
Timezone : ASIA/YANGON

Red Bull Power Race Myanmar 2026

Yangon bakal menghimpunkan para atlet dari seluruh Myanmar yang akan bersaing dalam Pusingan Kelayakan (Qualification Heats) dan National Showdown demi merebut peluang ke Pusingan Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race (Red Bull Power Race International Final). 12 lelaki dan 12 wanita terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir di Bangkok pada 18 Oktober 2026, di mana mereka akan berhadapan dengan atlet-atlet terbaik dari Malaysia, Indonesia, dan Thailand di kemuncak musim tayangan perdana dunia Red Bull Power Race. Mereka yang layak akan menerima tiket penerbangan, kemudahan penginapan, serta penyertaan acara, sekali gus memberi mereka peluang untuk mewakili Myanmar di pentas antarabangsa. Namun, hari perlumbaan adalah lebih daripada sekadar sebuah pertandingan. Jangkakan tenaga, hiburan, muzik, dan suasana luar biasa yang membawakan keunikan acara Red Bull. Bawalah rakan-rakan, ahli keluarga, dan penyokong anda untuk memberikan sorakan semangat, serta jadilah sebahagian daripada hari yang penuh dengan aksi hebat sama ada di dalam mahupun di luar litar.

Maklumat Lanjut

Entry Fee

63,000 MMK
Red Bull Power Race Indonesia 2026Pendaftaran Kini Dibuka
arrow-up-right
10 Oktober 2026 (09:00 - 21:00)
Indonesia
Indonesia
Timezone : ASIA/JAKARTA

Red Bull Power Race Indonesia 2026

Jakarta bakal menghimpunkan para atlet dari seluruh Indonesia yang akan bersaing dalam Pusingan Kelayakan (Qualification Heats) dan National Showdown demi merebut peluang ke Pusingan Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race (Red Bull Power Race International Final). 12 lelaki and 12 wanita terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir di Bangkok pada 18 Oktober 2026, di mana mereka akan berhadapan dengan atlet-atlet terbaik dari Thailand, Myanmar, dan Indonesia di kemuncak musim tayangan perdana dunia Red Bull Power Race. Mereka yang layak akan menerima tiket penerbangan, kemudahan penginapan, serta penyertaan acara, sekali gus memberi mereka peluang untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Namun, hari perlumbaan adalah lebih daripada sekadar sebuah pertandingan. Jangkakan tenaga, hiburan, muzik, dan suasana luar biasa yang membawakan keunikan acara Red Bull. Bawalah rakan-rakan, ahli keluarga, dan penyokong anda untuk memberikan sorakan semangat, serta jadilah sebahagian daripada hari yang penuh dengan aksi hebat sama ada di dalam mahupun di luar litar.

Maklumat Lanjut

Entry Fee

250,000 IDR
Red Bull Power Race Thailand 2026Pendaftaran Kini Dibuka
arrow-up-right
17 Oktober 2026 (09:00 - 19:00)
Thailand
Thailand
Timezone : ASIA/BANGKOK

Red Bull Power Race Thailand 2026

Bangkok bakal menghimpunkan para atlet dari seluruh Thailand yang akan bersaing dalam Pusingan Kelayakan (Qualification Heats) dan National Showdown demi merebut peluang ke Pusingan Akhir Antarabangsa Red Bull Power Race (Red Bull Power Race International Final). 12 lelaki dan 12 wanita terbaik akan melayakkan diri ke Pusingan Akhir di Bangkok pada 18 Oktober 2026, di mana mereka akan berhadapan dengan atlet-atlet terbaik dari Malaysia, Myanmar, dan Indonesia di kemuncak musim tayangan perdana dunia Red Bull Power Race. Memandangkan Pusingan Akhir Antarabangsa akan berlangsung pada keesokan harinya, atlet terpantas Thailand berpeluang unik untuk layak pada hari Sabtu, 17 Oktober, dan kembali ke garisan permulaan pada hari Ahad, 18 Oktober, untuk bersaing dengan yang terbaik di Asia Tenggara. Mereka yang layak akan menerima penyertaan acara, kemudahan penginapan, serta sokongan pengangkutan yang diperlukan untuk Pusingan Akhir Antarabangsa. Namun, hari perlumbaan adalah lebih daripada sekadar sebuah pertandingan. Jangkakan tenaga, hiburan, muzik, dan suasana luar biasa yang membawakan keunikan acara Red Bull. Bawalah rakan-rakan, ahli keluarga, dan penyokong anda untuk memberikan sorakan semangat, serta jadilah sebahagian daripada hujung minggu yang penuh dengan aksi hebat sama ada di dalam mahupun di luar litar. Segala maklumat yang perlu anda ketahui untuk hari perlumbaan boleh didapati di bawah.

Maklumat Lanjut

Entry Fee

Coming soon

Galeri

Sorotan lebih dekat para atlet, detik-detik penting, dan tenaga di sebalik Red Bull Power Race.