Rules & Participation

SELAMAT DATANG KE TAYANGAN PERDANA DUNIA
Red Bull Power Race ialah pertandingan perlumbaan kecergasan serbaharu yang menggabungkan kelajuan, keazaman, dan kekuatan berat badan.
Bersaing di salah satu daripada empat bandar Asia Tenggara: Kuala Lumpur, Yangon, Jakarta, atau Bangkok. Atlet terbaik daripada setiap Acara Kebangsaan akan berpeluang mewakili negara acara masing-masing di Pusingan Akhir Antarabangsa di Bangkok.
- Tiada peraturan atau peralatan yang rumit
- Tiada kemahiran teknikal diperlukan
- Hanya anda, tubuh anda, dan perlumbaan menentang masa
CABARANNYA
Misi anda mudah:
- Selesaikan litar secepat mungkin.
- Setiap atlet mesti menyelesaikan tujuh (7) segmen perlumbaan berikut.
LELAKI
- Pecut 400m
- 40 Tekan Tubi (Push-Ups)
- Pecut 400m
- 40 Bangkit Tubi (Sit-Ups)
- Pecut 400m
- 40 Cangkung (Squats)
- Pecut 400m ke Garisan Penamat
WANITA
- Pecut 400m
- 30 Tekan Tubi (Push-Ups)
- Pecut 400m
- 30 Bangkit Tubi (Sit-Ups)
- Pecut 400m
- 30 Cangkung (Squats)
- Pecut 400m ke Garisan Penamat
Susunan segmen perlumbaan tidak boleh diubah. Setiap atlet mesti menyelesaikan semua segmen larian dan senaman mengikut susunan yang telah ditetapkan. Pengadil akan memantau rapi setiap stesen senaman bagi memastikan semua peraturan dipatuhi.
CARA PERTANDINGAN BERFUNGSI
LANGKAH 1 – PERLAWANAN SARINGAN (HEAT BATTLES)
Semua atlet akan bermula dalam Saringan Kelayakan (Qualification Heats) yang terdiri daripada anggaran 10–25 atlet. Lelaki dan wanita bertanding dalam saringan berasingan. Setiap saringan menggunakan format pelepasan beramai-ramai (mass-start).
Masa penamat rasmi anda akan menentukan kedudukan dan kelayakan anda ke National Showdown.
Setiap saat adalah penting.
LANGKAH 2 – NATIONAL SHOWDOWN
Atlet terpantas akan mara ke National Showdown, yang akan berlangsung pada hari acara yang sama.
Kelayakan ditentukan seperti berikut:
- Semua pemenang Saringan Kelayakan layak secara automatik.
- Tempat tambahan diberikan kepada atlet terpantas di kesemua saringan.
National Showdown akan menentukan pemenang rasmi dan kedudukan keseluruhan acara.
12 wanita terbaik dan 12 lelaki terbaik akan layak ke Pusingan Akhir Antarabangsa di Bangkok pada 18 Oktober 2026.
LANGKAH 3 – PUSINGAN AKHIR ANTARABANGSA
12 wanita terbaik dan 12 lelaki terbaik dari setiap Acara Kebangsaan layak ke Pusingan Akhir Antarabangsa di Bangkok.
Ini adalah peluang anda untuk:
- Mewakili negara acara anda
- Bertanding menentang atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara
- Menjadi Juara Antarabangsa Red Bull Power Race yang pertama dalam sejarah
Bantu pasukan anda memenangi Kejuaraan Pasukan Campuran (Mixed Team Championship) Red Bull Power Race yang pertama
STANDARD SENAMAN
Bagi memastikan keadilan dan ketekalan, semua ulangan (repetitions) mesti diselesaikan mengikut standard pergerakan rasmi.
Tekan Tubi (Push-Ups)
- Badan kekal lurus sepanjang pergerakan
- Dada diturunkan mengikut paras kedalaman yang ditetapkan
- Tangan diluruskan sepenuhnya pada kedudukan teratas
Bangkit Tubi (Sit-Ups)
- Bermula dari kedudukan berbaring
- Mencapai kedudukan tegak yang ditetapkan
- Bahu kembali mencecah lantai sebelum ulangan seterusnya
Cangkung (Squats)
- Bermula dari kedudukan berdiri
- Paha mencapai sekurang-kurangnya paras selari dengan lantai
- Kembali ke kedudukan berdiri tegak sepenuhnya
Pengadil Stesen akan memantau setiap Power Station bagi memastikan semua ulangan diselesaikan mengikut standard pergerakan rasmi.
PERATURAN PENTING
Bib Perlumbaan
Bib perlumbaan anda mesti dipakai di bahagian hadapan baju anda dan kekal jelas kelihatan sepanjang pertandingan.
Tiada Alat Pendengar Telinga
Fon kepala (headphones), fon telinga (earphones), dan peranti audio yang seumpamanya tidak dibenarkan semasa perlumbaan.
Ikut Laluan Litar
Semua atlet mesti mengikut laluan litar rasmi dan menyelesaikan setiap segmen perlumbaan sepenuhnya dan mengikut susunan yang betul.
Power Station yang Ditetapkan
Semua ulangan senaman mesti diselesaikan di Power Station yang telah ditetapkan untuk anda.
Kasut
Kasut lari yang bersesuaian adalah wajib. Kasut berpaku (spiked shoes) tidak dibenarkan.
Semangat Kesukanan (Fair Play)
Hormati rakan atlet, pengadil, sukarelawan, dan kakitangan acara pada setiap masa. Tingkah laku yang tidak sporty boleh mengakibatkan kehilangan kelayakan (disqualification).
Keselamatan Diutamakan
Jika pasukan perubatan mendapati bahawa meneruskan perlumbaan boleh menjejaskan kesihatan anda, mereka boleh menghentikan penyertaan anda serta-merta.
Penyertaan Atas Risiko Sendiri
Penyertaan adalah sepenuhnya atas risiko atlet sendiri. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
APA YANG PERLU SAYA BAWA?
Tiada peralatan khas diperlukan, namun barangan berikut amat disyorkan:
- Pakaian sukan yang selesa
- Kasut lari yang sesuai untuk pecutan
- Botol air
- Pakaian salinan
- Sebarang makanan atau snek yang anda perlukan sepanjang hari
Pihak penganjur akan menyediakan air, minuman elektrolit, minuman tenaga, dan bar tenaga selepas perlumbaan.
Paling penting:
- Bawa sikap yang positif
- Bawa semangat kesukanan dan daya saing anda
ADAKAH ANDA BERSEDIA?
- Cabar had kemampuan anda dan berlumba
- Raih tempat anda dalam National Showdown
- Wakili negara acara anda di Bangkok
- Jadilah sebahagian daripada tayangan perdana dunia Red Bull Power Race